Darul Quran Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001 : 2000

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Darul Quran JAKIM terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha melahirkan huffaz yang berkualiti tinggi. Bersesuaian dengan visinya untuk melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat, Darul Quran telah melancarkan kempen ke arah pensijilan MS ISO 9001: 2000.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Sumali Bin Amat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM pada 14 Disember 2007 di kampus Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Hj. Sumali menyatakan bahawa JAKIM berhasrat untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO di semua bahagian JAKIM. Sebagai permulaan, Darul Quran telah dipilih sebagai perintis untuk melasanakan sistem ini. MS ISO adalah peraturan serta janji yang didokumenkan dan akan diaudit oleh pihak SIRIM dari semasa ke semasa.

Menurut beliau lagi, dalam perlaksanaan MS ISO ini, Darul Quran mestilah bekerja keras untuk memenuhi janji-janji kepada pelanggan yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangannya. Semua Warga Darul Quran terlibat dalam menjayakan pelaksanaan MS ISO ini. Darul Quran juga perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan supaya Piawaian ISO 9001 : 2000 dipatuhi.

Pada majlis yang sama, Pengarah Darul Quran, Tuan Hj. Che Ibrahim Bin Che Man dalam ucapan aluannya melahirkan rasa gembira kerana Darul Quran dipilih untuk melaksanakan dan menyelenggarakan Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana yang digariskan dalam MS ISO.

Beliau berharap segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar sehingga Darul Quran berjaya dianugerahkan Persijilan MS ISO 9001: 2000 yang dijangka pada April tahun hadapan.

Darul Quran telah mengadakan beberapa siri kursus, bengkel dan mesyuarat ke arah pensijilan MS ISO seperti jadual berikut :

Bil

Tarikh

Tempat

Bengkel

1

28 Februari – 02 Mac 2007

Jakim Putrajaya

Penyediaan Dokumen

2

16 - 17 Julai 2007

Smart Lab, Darul Quran

Penyediaan Dokumen

3

06 - 07 Ogos 2007

Smart Lab, Darul Quran

Penyediaan Dokumen

4

10 - 13 September 2007

Hotel Awana, Genting

Penyediaan Dokumen

5

23 - 26 Oktober 2007

Smart Lab, Darul Quran

Bengkel Audit Dalaman

6

18 - 20 November 2007

Hotel Sri Malaysia, Genting

Semakan Dokumen

7

09 Disember 2007

Smart Lab, Darul Quran

Semakan Akhir Dokumen

© Unit Penerbitan DQ 2007 | penerbitandq@gmial.com