WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Dr NordinAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke laman sesawang Darul Quran Jakim.

Laman sesawang ini dijayakan dengan konsep yang bersifat interaktif, informatif dan mesra pengguna, selaras dengan objektif untuk menyampaikan apa jua maklumat berkaitan Darul Quran. Saya berharap ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Darul Quran dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi yang berdaya saing. Hasrat ini diterjemahkan melalui penyaluran maklumat-maklumat yang kontemporari berserta perkongsian ilmu yang pelbagai oleh pensyarah-pensyarah Darul Quran. Jaringan yang ingin diwujudkan ini akan menjadi pemangkin yang memberi perspektif baharu bagi dunia huffaz agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang al-Quran.

Harapan saya agar laman sesawang ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Darul Quran sendiri, selaras dengan kehendak standard MS ISO 9001:2015 yang mengutamakan perkhidmatan pelanggan. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman sesawang ini, semoga saluran alternatif ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada saudara-saudari sekalian. Insya Allah.
 

DR. HAJI NORDIN BIN AHMAD
Pengarah
Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339128