e-Daie

“e-Daie merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk memaparkan garis panduan untuk memohon penceramah dan  senarai penceramah seluruh Malaysia bagi makluman dan rujukan umum.”
 
PROSEDUR  & PANDUAN UNTUK MEMOHON PENCERAMAH BAGI PROGRAM ATAU KURSUS YANG DILAKSANAKAN :
 
Garis Panduan Permohonan
  1. Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan penceramah selewat-lewatnya 3 minggu sebelum program.
     
  2. Permohonan penceramah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penceramah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) hendaklah melalui ketua jabatan dan agensi masing-masing. Bagi senarai alamat jabatan dan agensi, sila klik di sini.
     
  3. Bagi permohonan penceramah Ekslusif Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA), pemohon boleh menghubungi secara terus penceramah berkenaan.
     
  4. Pemohon hendaklah menyertakan maklumat seperti berikut.
    • Nama program
    • Tarikh program
    • Tempat Program
    • Tempoh masa ceramah
    • Tajuk ceramah
    • Kumpulan sasaran dan bilangan peserta
    • Lain-lain maklumat yang berkaitan seperti penyediaan penginapan dan pengangkutan penceramah (sekiranya perlu).
       
  5. Pemohon juga mestilah menyatakan dengan jelas maklumat penganjur program, no telefon, faks dan e-mel untuk dihubungi.
Kadar Bayaran Penceramah
  1. Kadar bayaran saguhati bagi penceramah dari kalangan kakitangan kerajaan adalah berdasarkan Perkeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005.
     
  2. Bagi penceramah yang bukan kakitangan kerajaan, kadar bayaran saguhati adalah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 19 Tahun 2002.

QT e-Daie

Senarai Penceramah Negeri

Bagi mendapatkan senarai penceramah JAIN, sila klik mengikut kategori berikut :
 
 
 
 
 
5-Jabatan Agama  Islam Johor
 
6-Jabatan  Agama Islam Perak 
 
7-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
 
 
9-Jabatan Agama Islam Pulau Pinang 
 
10-Jabatan Agama Islam Negeri Pahang  
 
11-Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu 
 
12-Jabatan  Hal Ehwal Agama Islam Kelantan 
 
 
14-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah
 
 
 

Senarai Penceramah Ekslusif PIPA

Penceramah Ekslusif Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) merupakan penceramah yang telah mengikuti Kursus TOT Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam.
 
Modul ini merupakan modul yang telah dibangunkan oleh Jakim khusus membincangkan mengenai integriti dari perspektif Islam. Modul ini merupakan panduan kepada penceramah dan penganjur program pengukuhan integriti di agensi masing-masing.
 
Modul ini adalah dirangka selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. 
 
Bagi mendapatkan senarai Penceramah Ekslusif Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA), sila klik link berikut :