Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:44 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:38

Salah satu peranan Jakim adalah dalam aspek penyelidikan pembangunan ilmu falak. Dari segi sejarah pada awal tahun 30-an, ilmu falak dipelopori oleh golongan cerdik pandai agama seperti ulama, mufti-mufti dan kadi-kadi. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu falak dan hukum-hukum syarak yang berkaitan. Usaha merukyah telahpun dijalankan secara rasmi sejak tahun 1934 oleh Syed Alwi bin Tahir al-Hadad dari menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.Ketika itu, tempat-tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya ditentukan di tiga tempat iaitu Telok Kemang (Negeri Sembilan), Johor Bahru (Johor) dan Pulau Sayak (Kedah).
 
          Perkembangan berikutnya pada tahun 1990, Sub-Unit Falak telah ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Islam, BAHEIS. Apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada Januari 1997, Sub unit Falak dinaiktaraf kepada Unit Falak dan diletakkan dibawah Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.Unit ini berfungsi menjalankan kajian dan menyediakan takwim Islam, waktu solat dan arah kiblat. Kajian-kajian yang dijalankan secara berterusan oleh JAKIM dalam bidang falak adalah seperti berikut:-
 
1.      Kajian Analisis Data-data Takwim Islam
2.      Kajian Analisis Data-data Takwim Bagi Penetapan Awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
3.      Kajian Penyelarasan Zon-Zon Waktu Solat seluruh Malaysia.
4.      Kajian Data-data Almanak Falak
5.      Kajian Cerapan Hilal dan Kecerahan Langit di BaitulHilal Telok Kemang, Port Dickson
 
Portal e-Falak pula diwujudkan bagi tujuan paparan kepada orang awam. Maklumat-maklumat terkini seperti data takwim, data almanak, waktu solat dan hasil kajian akan dipaparkan untuk rujukan ahli falak dan orang awam di Malaysia. Pengisian paparan akan sentiasa dipantau oleh Unit Falak bagi memastikan ketepatan terutamanya yang melibatkan data-data khusus. Orang awam juga boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh unit falak, Jakim adri semasa ke semasa
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10275173