e-RHK
e-RHK atau e rukyah hilal kebangsaan dibangunkan pada tahun 2007 bagi tujuan menyimpan rekod data-data cerapan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri seluruh Malaysia. Idea pembangunan laman e-RHK ini adalah hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 22 Jun 2006 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah JAKIM.
Laman e-RHK ini terdiri daripada beberapa bahagian antaranya, senarai tempat cerapan rasmi di Malaysia, Kriteria Imkanur-Rukyah yang digunapakai oleh Negara-Negara MABIMS dan Kajian-kajian cerapan yang dilakukan.
Objektif Penubuhan e-RHK ini adalah bertujuan menyediakan satu rekod cerapan di mana ia boleh menjadi rujukan kepada ahli falak bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh pelusuk dunia.
- Hits : 4563




