Jenis Awan

PENBENTUKAN DAN JENIS-JENIS AWAN
 
Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera.
Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan:
1) Kumulus ( Cumiliform )
2) Berlapis-lapis ( Stratiform )

Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu:
1) Stratokumulus dan Stratus : Awan Peringkat rendah
2) Altokumulus : Awan Peringkat pertengahan
3) Sirus, Sirokumulus dan : Awan Peringkat tinggi
Sirostratus

Awan-awan berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:
1) Altostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang
ke peringkat tinggi.
2) Nimbostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang
ke peringkat tinggi dan rendah.
3) Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan Peringkat rendah tetapi boleh mengembang
ke peringkat pertengahan dan tinggi.
Berikut adalah contoh beberapa jenis awan:-
 
awan1
awan2