Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
1 Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam
 
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
 
 
Oct 31, 2014
2 Majlis Zikir
 
Sabda Rasulullah SAW : Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Para sahabat bertanya : Apakah itu taman syurga? Jawab Baginda : Majlis Zikir.
 
Oct 29, 2014
3 Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat di Hari Akhirat
 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.
 
Oct 23, 2014
4 Amanah Dituntut Dalam Islam
 
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” 
 
Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”
 
 
Oct 20, 2014
5 Sujud Syukur
 
Dari Abu Bakar RA bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
 
Oct 17, 2014
6 Kasih Kepada Rasulullah SAW
 
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.
 
Oct 15, 2014
7 Kepentingan Berakhlak Mulia
 
Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As RA, katanya, Bukanlah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji dan Baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.
 
Oct 01, 2014
8 Kelebihan Menuntut Ilmu
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.
 
 
Sep 30, 2014
9 Menjaga Hati
 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
 
Sep 25, 2014
10 Balasan Kesabaran
 
Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”
 
 
Sep 23, 2014
11 Kemuliaan Tidak Diukur Pada Zahir Sahaja
 
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Sesungguhnya akan datang pada hari kiamat seorang yang gemuk lagi besar, tetapi tidak bernilai disisi Allah walaupun seberat sayap nyamuk”. 
 
Sep 22, 2014
12 Jumaat Penghulu Segala Hari
 
Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda : Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
 
Sep 19, 2014
13 Memiliki Kemampuan Bersyukur
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.
 
Sep 10, 2014
14 Dua Nikmat Kurniaan Allah
 
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”
 
Sep 08, 2014
15 Allah Maha Pemurah
 
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.”
 
Sep 04, 2014
16 Menjaga Keutuhan Ummah
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.
 
Sep 03, 2014
17 Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
 
 
Sep 02, 2014
18 Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”. 
 
Aug 27, 2014
19 Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki
 
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 
 
Aug 26, 2014
20 Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 

Aug 20, 2014