Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA - 17 Oktober 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali ke-15 bertempat di Mesmera Ballroom, The Everly Putrajaya. Muzakarah ini merupakan program tahunan dengan kerjasama strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Penasihat Syariah Bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
 
Muzakarah yang bertemakan “Rejuvenasi Fiqh Muamalat Dalam Era Ekonomi Digital” telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Sdn. Bhd. Muzakarah telah dihadiri oleh seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Panel Penasihat Syariah, Eksekutif Syariah di institusi kewangan dan takaful, Panel Pakar Syariah JAKIM, Jabatan Mufti Negeri, agensi kerajaan dan ahli-ahli akademik.
 
Muzakarah tahun ini turut mengupas beberapa buah tajuk yang hangat pada masa kini iaitu berkenaan hibah amanah, pematuhan syariah, e-wallet serta isu dan cabaran dalam menghadapi perkembangan Revolusi Industri 4.0. Tiga kertas kerja telah dibentangkan berserta diskusi dan forum;
 
Pembentangan Kertas Kerja I:
 
Interpretasi Pembahagian Harta Pusaka dan Hibah Menurut Syariah: Pendekatan yang Praktikal dan Implikasi Hukum
Oleh: Dr. Luqman bin Hj. Abdullah, Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Diskusi: Hibah Amanah vs Faraid dan Wasiat: Satu Analisa
1. Prof. Dato’ Dr. Nor Inayah binti Yaakub
Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad merangkap Rektor Kolej Profesional BaitulMal
2. Encik Muhammad Ameen bin Kamaruzaman
Pengurus Kanan, Seksyen Perkhidmatan Syariah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Moderator: Dr. Wan Nor Aisyah binti Wan Yussof
 
 
Pembentangan Kertas Kerja II:
 
Pematuhan Syariah: Peranan Penasihat Syariah di Institusi-institusi Kewangan Islam
Oleh: Dr. Suhaimi bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia
 
 
Pembentangan Kertas Kerja III:
 
Penggunaan e-Wallet Mengikut Perspektif Syarak: Satu Penilaian Awal
Oleh: Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Profesor, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia
 
 
Forum:
Isu dan Cabaran Ekonomi Digital Syariah Dalam Perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang terdiri oleh:
1. Dr. Marjan binti Muhammad
Ketua Pejabat Jaminan Mutu Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Shari’ah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)
2. Tuan Zalizan bin Mohamed Noh
Ketua Unit, Ekonomi Digital Islam, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Moderator: Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud
 
 
Muzakarah diakhiri dengan bacaan rumusan muzakarah yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim, Pengerusi Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali ke-15.
 
Muzakarah MPS Institusi Kewangan 15 1
 
Muzakarah MPS Institusi Kewangan 15 2
 
Muzakarah MPS Institusi Kewangan 15 3
 
Muzakarah MPS Institusi Kewangan 15 4
 
Muzakarah MPS Institusi Kewangan 15 5