Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya - 13 Februari 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah BPPPS telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) seluruh Malaysia. Mesyuarat telah membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan hala tuju penguatkuasaan undang-undang syariah, pemerkasaan institusi penguatkuasaan syariah serta penyelarasan dasar pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang syariah termasuklah penggubalan Standard Operating Procedure (SOP).

Melalui perbincangan dan jalinan kerjasama dengan penguatkuasa negeri-negeri seperti ini diharapkan berupaya memberi impak yang positif ke arah memantapkan institusi penguatkuasaan syariah dan memartabatkan pengurusan penguatkuasaan syariah selaras dengan 3 prinsip utama sebagaimana yang digagaskan oleh YB Dato’ Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin berteraskan maqasid syariah dalam model Malaysia.
 
brainsPG2019 1
 
brainsPG2019 2
 
brainsPG2019 3
 
brainsPG2019 4
 
brainsPG2019 5