Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”

 

(Riwayat al-Bukhari)

 

Huraian Hadith :
 
  1. Hadith ini menuntut kita berlemah-lembut terhadap orang jahil, tidak menyakitkan dan memberi tunjuk ajar dengan cara yang baik.
  2. Bumi menjadi suci dengan dituang air ke atasnya jika air najis hilang.
  3. Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.
  4. Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.
 
Sumber :  Kitab Riyadhus Salihin



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151515