Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
BENGKEL PEMILIHAN AYAT SEMPENA MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MTHQK) DAN ANTARABANGSA (MTHQA) TAHUN 1441H/2020M
 
Bukit Tinggi, 7 hingga 10 Oktober 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar telah mengadakan Bengkel Pemilihan Ayat Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) dan Antarabangsa (MTHQA) selama 4 hari bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi, Pahang. Bengkel tersebut diadakan bagi tujuan mengenal pasti dan menentukan ayat-ayat al-Quran yang akan dibaca oleh peserta dan memilih ayat yang bersesuaian dengan tema semasa dan merangkumi kategori tilawah dan hafazan sempena MTHQK dan MTHQA Tahun 1441H/2020M. Seramai 11 orang panel pembimbing yang menghadiri bengkel tersebut dan terdiri daripada kalangan para hakim yang berpengalaman dalam MTHQK dan MTHQA. Bengkel tersebut telah selesai dengan jayanya bagi penyediaan soalan-soalan MTHQK dan MTHQA Tahun 1441H/2020M.
 
Bengkel Pemilihan Ayat Tilawah 1441H 1
 
Bengkel Pemilihan Ayat Tilawah 1441H 2
 
Bengkel Pemilihan Ayat Tilawah 1441H 3