Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ.

[صحيح مسلم، كِتَابُ الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ، بَابُ مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ، حديث رقم 2956]

 
Pengajaran Hadith :
  1. Setiap  mukmin seumpama di penjara di dunia daripada melakukan segala perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan yang diharamkan lagi dibenci syarak.
  2. Menjadi kewajipan setiap mukmin untuk melakukan ketaatan walaupun dalam keadaan yang bertentangan dengan hawa nafsu, kerana apabila menemui kematian segala apa yang dijanjikan kerana ketaatannya akan dibalas oleh Allah SWT dengan kenikmatan yang berkekalan.
  3. Manakala orang kafir walaupun diberikan kenikmatan seumpama disyurga sewaktu di dunia, hakikat yang sebenarnya itu hanyalah kenikmatan yang sementara di atas setiap kebaikan yang dilakukan di dunia ini jika dibandingkan dengan kedahsyatan azab berkekalan yang diterima di atas kekufurannya.
 
Sumber :

1.Sahih Muslim

2.Kitab Syarh Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi.




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12202177