Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 1:20 Asar : 4:35 Maghrib : 7:26 Isyak : 8:37

 
Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)." (Muttafaqun 'Alaih, hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6011 dan Muslim, No.Hadith : 2586, lafaz hadith daripada riwayat Muslim)

 

Matan hadith :

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى.متفق عليه واللفظ لمسلم.

]صحيح البخاري , كتاب الأدب , باب رحمة الناس والبهائم , حديث رقم 6011[

]صحيح مسلم , كِتَاب الْبِرِّ ، وَالصِّلَةِ ، وَالْآدَابِ , بَاب تَرَاحُمِ الْمُؤْمِنِينَ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَعَاضُدِهِم ..., حديث رقم 2586[

Pengajaran Hadith :
 
  1. Umat Islam adalah seumpama satu badan yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Ianya terbentuk daripada ikatan persaudaraan dalam Islam.
  2. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya
  3. Nilai kebersamaan ini akan terbina apabila ada orang Islam yang memerlukan bantuan, maka orang Islam lain akan saling membantu dan meringankan beban yang dipikul bersama-sama.
 
Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Ogos 2018.
Jumlah Pelawat :12215767