Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan kepada kamu semua. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu tidak lain kerana banyak persoalan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Maka apabila aku melarang kamu daripada sesuatu urusan, jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kamu dengan suatu urusan, lakukanlah sekadar yang termampu."

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 7288)

 

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

]صحيح البخاري , كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة ,حديث رقم ٧٢٨٨[

 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Setiap Muslim wajib menjauhi segala larangan Allah SWT dan  Rasulullah SAW, selagi tiada dalil yang menunjukkan larangan tersebut dimakruhkan. Tidak ada perkara darurat yang membolehkan untuk melakukannya.
  2. Setiap Muslim wajib melaksanakan setiap perintah Allah SWT dan Rasul-Nya  sesuai mengikut kemampuannya dan selagi tidak mendatangkan kemudharatan kepada seseorang hamba.
  3. Larangan banyak bertanya hanyalah kepada persoalan yang menyebabkan semakin sempit atau sukar dalam sesuatu masalah dan ianya membuka kepada pintu syubhah serta perselisihan. Perbuatan banyak bertanya merupakan sebab kebinasaan umat-umat terdahulu. Justeru itu, seseorang dituntut untuk bertanya persoalan yang diperlukan sahaja.
 
Sumber rujukan :
 

1. Kitab Sahih al-Bukhari

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12203040