Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

]صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893[

 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Antara keutamaan dakwah ke jalan Allah SWT ialah menunjukkan kebaikan kepada orang lain sama ada untuk kebaikan di dunia atau di akhirat dan pelakunya akan mendapat ganjaran pahala.
  2. Amalan menunjukkan kepada kebaikan merupakan amalan yang boleh dirasai oleh orang lain  dan lebih besar manfaatnya berbanding amalan yang manfaatnya  hanya terbatas untuk diri sendiri.
  3. Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan.  Inilah kelebihan dan anugerah besar daripada Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-Nya.

Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih Muslim

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162402