Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 16 April 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kad Kuasa kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya tersebut dimulai dengan sesi taklimat mengenai "Buffet Ramadhan di Bawah Akta Perihal Dagangan 2011" yang disampaikan oleh Tuan Ridzuan bin Mat Isa, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Harta Intelek, KPDNHEP.

Seramai 24 orang wakil yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai yang mewakili 14 buah negeri telah hadir pada majlis ini termasuk daripada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Majlis penyampaian kad kuasa kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

MAJLIS KPDNHEP UTAMA 16042019

MAJLIS KPDNHEP 2 16042019

MAJLIS KPDNHEP 3 16042019

MAJLIS KPDNHEP 4 16042019

MAJLIS KPDNHEP 5 16042019

MAJLIS KPDNHEP 6 16042019

MAJLIS KPDNHEP 7 16042019

MAJLIS KPDNHEP 8 16042019