Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), KUALA LUMPUR - JAKIM melalui Majlis Halal Malaysia telah menyertai mesyuarat rundingan peringkat Senior Official Meeting (SOM) Joint Trade Cooperation (JTC) Malaysia dan Qatar. Delegasi JAKIM telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dan En. Muhammad Naim Mohd Aziz pada 08 Oktober 2019 semalam. 
 
Mesyuarat rundingan peringkat SOM pada kali ini telah membincangkan pelbagai bidang potensi kerjasama termasuklah bidang kerjasama halal serta pembangunan ekosistem dan inisiatif halal. Secara asasnya JAKIM telah memberikan respon positif terhadap potensi kerjasama dalam bidang halal berdasarkan prinsip reciprocal recognition antara Malaysia dan Qatar. JAKIM amat yakin hubungan sedia ada antara dua buah negara bakal diperkukuhkan lagi melalui bidang kerjasama ini. 
 
Asas terpenting dalam bidang ini adalah aspek pensijilan dan juga standard halal. Ia nya adalah nadi utama yang harus dibentuk selari dengan kehendak syarak dan seterusnya menampilkan model terbaik sistem pensijilan halal. Model Halal Malaysia adalah tertegak dengan pensijilan yang berintegriti serta pelaksanaan standard nya yang mapan. Kerangka ini yang akan ditawarkan JAKIM kepada pihak berautoriti berkaitan halal di Qatar kelak. 
 
Hasil rundingan pada hari ini akan dimuktamadkan semasa mesyuarat peringkat Menteri yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2019.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
JAKIM Perkukuh Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa 1
 
JAKIM Perkukuh Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa 2
 
JAKIM Perkukuh Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa 3