Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Jakim melalui Unit Indeks Syariah Malaysia dengan kerjasama Pejabat YB Menteri di Jabatan PErdana Menteri dan BNBBC telah mengadakan sesi taklimat Indeks Syariah Malaysia kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 5 April 2016 bertempat di Bilik Taklimat, Blok A, Bangunan sementara, Parlimen. Sesi taklimat ini adalah lanjutan siri penerangan Indeks Syariah Malaysia yang telah berlangsung sejak awal tahun 2015 di peringkat negeri, kementerian, sesi town hall, parti politik dan kumpula pembuat-pembuat dasar termasuk ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
 
Seramai 55 Ahli Dewan Rakyat yang terdiri daripada kerajaan dan pembangkang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi BNBBC dan ketua-ketua Whip Parlimen mewakili parti masing-masing serta pengurusan tertinggi Jakim. Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada kumpulan pembuat dasar mengenai Indeks Syariah Malaysia dan respon kepada pelaksanaannya. 
 
Pada masa yang sama, ahli-ahli Dewan Rakyat berpeluang untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Indeks Syariah Malaysia dan skor mengikut bidang serta skor keseluruhan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Majlis Perdana Ulama' Umara pada 28 mac 2016 yang lalu. Semoga dengan penjelasan dan siri penerangan ini dapat memberi kesan positif kepada pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia seterusnya membawa Malaysia ke dimensi yang baharu dalam urus tadbir berteraskan Maqasid Syariah.
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 1
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 2
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 3
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 4
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 5
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 6
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 7
 
Taklimat ISM Kepada Ahli Dewan Rakyat 8