Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:33 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:21

Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu 'Isa berkata: “Ini adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)

 

Matan Hadith:

 

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ يَقُولُ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

]سنن الترمذي , أبواب السفر , باب منه , حديث 616 , عن أبي أمامة رضي الله عنه , قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح[

 

Pengajaran Hadith :
 
  1. Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin.
  2. Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.
  3. Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal abadi selama-lamanya.

 

Sumber Rujukan :

1- Kitab Jami' at-Tarmizi

2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri

3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih

4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 13 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248424