Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:32 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:20

Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla' iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad dan berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku pasti akan menciummu, meskipun aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 1597, 1610, Muslim, No: 1270, Abu Dawud, No: 1873, at-Tirmizi, No: 860, an-Nasaie, No: 2937, Ibn Majah, No: 2943, Ahmad, No: 171, 223, 263, lafaz hadith riwayat Muslim).

 

Matan Hadith:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ :رَأَيْتُ الْأَصْلَعَ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأُقَبِّلُكَ وَإِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ

]التخريج : صحيح مسلم , كتاب الحج , باب استحباب تقبيل الحجر الأسود في الطواف , حديث رقم 1270 , عن عبد الله بن سرجس رضي الله عنه[

 
 
Pengajaran Hadith :

 

  1. Allah SWT pencipta seluruh makhluk dan berkuasa atas segala-galanya. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan ataupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya jua.
  2. Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW. Perlu difahami bahawa antara perintah tersebut dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Contohnya perbuatan mencium hajar aswad. Para sahabat Nabi SAW mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW. Berdasarkan perbuatan Baginda Nabi SAW tersebut maka mazhab al-Syafie menghukumkan mencium hajar aswad adalah sunat bukannya wajib.
  3. Allah SWT jua yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.
 
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Sahih al-Bukhari
  2. Kitab Sahih Muslim
  3. Kitab Sunan Abu Dawud
  4. Kitab Jami’e at-Tirmizi
  5. Kitab Sunan An-Nasaie
  6. Kitab Sunan Ibn Majah
  7. Kitab Musnad Ahmad
  8. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
  9. Kitab Sahih Muslim Bisyarhi al-Nawawi
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248010