Kurator Berita : Bahagian Dakwah
PROGRAM JELAJAH RAHMAH DAN SEMARAK KASIH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI PAHANG
 
Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah mengadakan satu program yang dinamakan Jelajah Rahmah dan Semarak Kasih Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang pada 27 hingga 28 Julai yang lalu. Program kali ini memilih 2 buah Kampung Orang Asli di Kuantan iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mas dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Lembing sebagai lokasi untuk menyantuni masyarakatnya. Antara tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkkan penghayatan Islam dan melaksanakan dakwah interpersonal kepada penduduk di kampong ini.

Program selama 2 hari 1 malam ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) negeri Pahang. Antara pengisian yang disusun sepanjang program adalah kelas bimbingan fardu ain, solat Jemaah, sukaneka, ziarah mahabbah, penyampaian sumbangan dan persembahan kebudayaan oleh anak-anak Orang Asli. Masyarakat kampung memberikan komitmen yang baik sepanjang program diadakan, terutama daripada Batin dan JKKK Kampung. Program ini dirasmikan oleh YBhg Us. Aziz bin Mohammad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM. Beliau juga sempat mengadakan lawatan ke Surau Nur Iman, Kampung Orang Asli Sungai Mas yang mana surau tersebut didirikan solat jumaat setiap minggu. Surau di kampung ini merupakan salah sebuah kampung daripada 6 buah Kampung Orang Asli lain yang mendapat kebenaran menunaikan Solat Jumaat di Pahang. Imam, bilal dan noja bagi surau Jumaat di Kampung ini adalah terdiri daripada Orang Asli tempatan yang merupakan anak didik PMOA dan pendakwah MUIP dan JAIP.

Selesai program di Kampung Sungai Mas, perjalanan diteruskan lagi ke Kampung Orang Asli Bukit Bangkong bagi melaksanakan program ziarah mahabbah dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Islam di kampung tersebut.

Program seumpama ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat Orang Asli, malah dapat menyuntik semangat para PMOA dalam meneruskan usaha dalam dakwah menyebarluas agama Islam hingga ke pelosok kampung.
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 1
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 2
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 3
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 4
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 5
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 6
 
Jelajah Rahmah Dan Semarak Kasih Bersama Orang Asli Pahang 7