Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Rasulullah SAW sangat bertawadhuk dan mengambil berat dengan keadaan para sahabatnya dan juga kepada orang yang lemah dalam semua keadaan.
  2. Islam menuntut kepada setiap orang Islam agar mendoakan kepada saudaranya yang lain supaya beroleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
  3. Seorang ketua hendaklah memeriksa keadaan jemaahnya yang lemah dan memenuhi keperluan mereka.
  4. Sunat berdoa untuk orang yang lemah dan hilang semangat.

 

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang hasan)

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162542