Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

PAROI, 14 Feb, Khamis. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga,Sosial dan Komuniti telah berjaya mengadakan Seminar Rahmah Menyantuni Ummah’ di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi. Penganjuran seminar ini telah dirancang dan direncanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Seramai 350 orang peserta yang telah menyertai program ini antaranya pegawai-pegawai dan kakitangan Agensi Kerajaan dan Swasta, Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Persatuan Berdaftar, Kaunselor, Suri Rumah dan pelbagai lapisan masyarakat. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang yang telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengahari. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan wakil pegawai kanan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

JAKIM mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai aktiviti menerusi perkongsian pelbagai agensi, institusi agama, NGO’s untuk bergerak secara bersepadu dan terancang dalam usaha membimbing dan mengembalikan golongan ini kepada kehidupan fitrah. Antara objektif penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada peserta berkenaan isulesbian, gay, biseksual dan transgender atau singkatannya LGBT melalui aspek psikososial, agama dan kesihatan. Malah ia juga memberikan pendedahan tentang usaha penyantunan yang telah dilaksanakan terhadap golongan LGBT ini. Selain itu juga, ia dirancang bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada peserta untuk terlibat dalam usaha bimbingan dan panduan serta penyantunan kepada golongan LGBT dengan menggunakan pendekatan agama berteraskan kepada al-Quran dan al-Hadith.Pencegahan melalui pendekatan agama dipercayai antara usaha yang paling berkesan bagi menangani masalah gejala sosial dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Pengisian menarik yang telah disusun menerusi seminar pada kali ini adalah ceramah oleh penceramah yang berkaliber yang telah mengupas tajuk-tajuk seperti “LGBT dari Perspektif Islam” oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan “HIV 101” oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Acara kemuncak sempena seminar pada kali ini adalah sesi perkongsian dan bual bicara oleh Encik Mohd Nasir bin Abu Bakar yang merupakan wakil dari komuniti LGBT yang telah berhijrah kepada kehidupan fitrah dan telah kembali menjalani kehidupan yang lebih sejahtera dan selari dengan tuntutan syariat.

Harapan kita adalah, masyarakat mempunyai perspektif yang betul dalam isu ini. Mereka juga perlu diberi kesedaran dan kefahaman agar mereka turut bersama menyelesaikan masalah ummah, merasa bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam bersama membantu dan membimbing golongan LGBT ini” kata Ustaz Mohd Zaidi.

Laporan Berita Oleh Rizal KSK

LGBT 4 1

Ucapan Perasmian Oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli; Pengarah JHEAINS

LGBT 3 2

Ucapan Aluan Oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM

LGBT 1 3

Ceramah Oleh Ustaz Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan JAKIM

 LGBT 2 4

Ceramah Oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.  

LGBT 6 5

LGBT 7 6

Peserta Tekun Mendengar Penjelasan Yang Disampaikan Oleh Penceramah.

LGBT 9 7

Sesi Perkongsian & Bual Bicara Bersama Wakil Dari Komuniti LGBT Oleh Moderator JAKIM

LGBT 8 8

Sesi Soal Jawab Antara Peserta & Wakil Dari Komuniti LGBT 

LGBT 10 9

Pegawai & Kakitangan JAKIM Bergambar Kenangan Bersama Wakil Dari Komuniti JAKIM