Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:51 Syuruk : 7:11 Zohor : 1:13 Asar : 4:36 Maghrib : 7:09 Isyak : 8:24

Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)
 

Matan Hadith:

 

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.

]التخريج: صحيح مسلم، كتاب الزكاة ، باب فضل النفقة على العيال والمملوك وإثم من ضيعهم أو حبس نفقتهم عنهم ،حديث رقم ٩٩٤، عن ثوبان رضي الله عنه[

 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Nafkah menurut istilah adalah perbelanjaan atau sara hidup yang dikeluarkan oleh seseorang kepada mereka yang di bawah tanggungjawabnya, bertujuan untuk membiayai kelengkapan dan hajat yang menjadi keperluan asas kehidupan seperti pendidikan, makanan, ibadah, tempat tinggal, ubat-ubatan, penjagaan anak-anak dan sebagainya.
  2. Tanggungjawab memberi nafkah terletak ke atas ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Antara kewajipan pemberian nafkah adalah menjaga kebajikan isteri dan anak walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri. Bahkan jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam iddah dan nafkah menguruskan anak.
  3. Seseorang Muslim mendapat pahala yang lebih besar apabila memberi nafkah kepada ahli keluarganya berbanding dengan membelanjakan hartanya kepada orang lain. Justeru itu, setiap suami atau bapa hendaklah memberikan komitmen dan bijak melaksanakan tanggungjawabnya kerana nafkah tidak bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Keutamaan nafkah adalah untuk memastikan kebajikan dan keselesaan setiap ahli keluarga bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Allah SWT tidak pernah menyulitkan hamba-Nya bahkan sentiasa memberi kemudahan buatnya.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Sahih Muslim
  2. Kitab Jami'e at-Tirmizi
  3. Kitab Sunan Ibn Majah
  4. Kitab Musnad Ahmad
  5. Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi
  6. Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
  7. Kitab Faidh Al-Qadir Li Al- Manawi
  8. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12249933