Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Pada 6 Julai 2020 telah berlangsung Pemantauan Prasarana & SOP KAFA Covid-19 di daerah Bachok yang hadiri oleh Puan Siti Nor Jihan binti Salleh@Md Ghazali, Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Negeri Kelantan dan Unit Pemantauan dan Latihan Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

Tujuan pemantauan ini diadakan bagi mengemaskini maklumat fasiliti & kemudahan prasarana Guru KAFA yang ada disekolah dan meninjau keadaan kelas KAFA agar mengikut garis panduan yang ditetapkan ekoran pandemik Covid19. Berikut adalah tiga buah sekolah yang terlibat Sekolah Kebangsaan Sri Kandis, Sekolah Kebangsaan Kandis dan Sekolah Kebangsaan Beris Lalang.

pantau bachok 1

pantau bachok 2

pantau bachok 5

pantau bachok 3

Bahagian pendidikan
JAKIM