Print
Hadith: 
 
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua mendengar laungan azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh tukang azan”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Disunatkan kepada orang yang mendengar laungan azan menjawab sepertimana yang diucapkan oleh bilal, sama ada melalui tukang azan di masjid, di surau-surau ataupun di radio dan juga di televisyen.
  2. Orang yang banyak bertasbih, bertahmid, bertakbir kepada Allah SWT dan juga berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat nikmat dan rahmat di dunia dan di akhirat.

 

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hits: 10697