Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Tanda seorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat ialah memuliakan tetamu, menghubungkan silaturrahim dan bercakap tentang perkara-perkara yang baik-baik sahaja atau berdiam diri.
  2. Islam mengajar umatnya memuliakan tetamu, mengeratkan silaturrahim dan bercakap baik sesama manusia.
  3. Berdiam diri adalah lebih baik daripada bercakap-cakap tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah.

 

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Jun 2018.
Jumlah Pelawat :12203458