Hadith: 
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada yang tinggal daripada kenabian melainkan membawa berita-berita yang menggembirakan”. Para sahabat bertanya, “Apakah pembawa berita yang gembira itu?” lalu Baginda pun bersabda, “iaitu mimpi yang baik (yang benar)”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Antara mimpi yang dilalui oleh manusia adalah mimpi-mimpi benar yang melaluinya Allah memberitahu hambanya tentang apa yang akan berlaku sama ada kebaikan atau kejahatan, disebut berita gembira dalam hadith ini berdasarkan kebiasaan atau kebaikannya, kerana terdapat juga mimpi yang membawa berita buruk.
  2. Tiada wahyu lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW.
  3. Para nabi dan rasul Allah diutuskan untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah SWT disamping memberitahu berita-berita yang diperolehi oleh manusia yang beriman dan bertaqwa di dunia dan di akhirat.
  4. Mimpi yang baik dan benar itu salah satu daripada pernyataan yang diberikan oleh Allah kepada mana-mana hambanya yang Dia kehendaki.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162542