Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:09 Zohor : 1:19 Asar : 4:33 Maghrib : 7:25 Isyak : 8:35

Daripada ‘Iyadh bin Himar RA katanya, aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Antara ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu pemerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ianya mempunyai keluarga yang ramai.
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah :
    1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya serta diberikan taufiq daripada Allah.
    2. Orang yang mempunyai sifat berkasih sayang serta berlemah-lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya sesama Islam.
    3. Seseorang yang tabah dan cekal meghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
2.        Antara tanda-tanda ahli syurga ialah seseorang itu memiliki ciri-ciri yang disebut dalam hadith ini.
 
 
(Hadith Riwayat Muslim)



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 Ogos 2018.
Jumlah Pelawat :12216472