Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Solat Hajat dan Doa Selamat Khas Untuk Warga JAKIM dan Kesejahteraan Negara
 
28 Februari 2020 : JAKIM telah mengadakan Solat Hajat dan bacaan Doa Selamat khas untuk  warga JAKIM serta kesejahteraan negara di Aras 8, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya pada pagi ini.
 
Solat Hajat dan doa ini dipimpin oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah  Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS). Majlis ini diadakan susulan keadaan negara yang mengalami kemelut politik, wabak Covid 19 dan ketidaktentuan ekonomi global  yang memberi kesan kepada ekonomi negara. Selain itu, ia juga bertujuan mendoakan kesihatan Ketua Pengarah JAKIM yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 
 
Semoga dengan usaha dan ikhtiar kecil ini mampu mendapat rahmat dari Allah SWT dengan mengurniakan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara dari sebarang ancaman dan musibah yang tidak diingini.
 
Solat hajat dan doa selamat Feb 20 10
 
WhatsApp Image 2020 02 28 at 10.49.26 AM
 
Solat hajat dan doa selamat Feb 20 9
 
Solat hajat dan doa selamat Feb 20 7
 
WhatsApp Image 2020 02 28 at 10.49.28 AM
 
Solat hajat dan doa selamat Feb 20 1
 
Solat hajat dan doa selamat Feb 20 3
 
UKK JAKIM