Print
Daripada Abu Musa RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ziarahilah orang sakit, beri makanlah orang lapar dan bebaskanlah tawanan”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Galakan menziarahi orang sakit, memberi makan orang lapar dan membebaskan orang tawanan, termasuk juga orang yang menanggung beban hutang atau ditimpa musibah.
  2. Orang yang berbuat baik kepada orang lain akan mendapat balasan kebaikan daripada Allah SWT dan akhirat.
  3. Islam menggalakkan budaya kerjasama dan tolong-menolong dikalangan umatnya.
 
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
Hits: 10847