Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) membuat pelepasan pegawai JAKIM dalam misi menyerahkan bantuan sebanyak RM168ribu kepada Masyarakat Orang Asli yang terjejas akibat PKP.
 
Bantuan ini adalah sebahagian inisiatif Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM. Penyampaian bantuan ini akan diselaraskan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), JAKIM dengan kerjasama Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan.
 
Terdapat 636 buah perkampungan Orang Asli di seluruh negara. JAKIM menempatkan seramai 244 orang PMOA bagi memberi kefahaman mengenai Islam serta kebajikan Orang Asli bersama agensi lain yang berkaitan.
 
Di dalam misi pertama ini, JAKIM menghantar bantuan ke 27 perkampungan Orang Asli di Cameron Highland, Pahang dan 15 perkampungan di Pos Kemar, Grik, Perak. Jumlah bantuan yang disalurkan sebanyak RM168 ribu.
 
Misi Bantuan Musaadah kepada Masyarakat Orang Asli 1
 
Misi Bantuan Musaadah kepada Masyarakat Orang Asli 2
 
Misi Bantuan Musaadah kepada Masyarakat Orang Asli 3
 
Misi Bantuan Musaadah kepada Masyarakat Orang Asli 4
 
Misi Bantuan Musaadah kepada Masyarakat Orang Asli 5