Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kaum Asy‘irin apabila kehabisan atau hampir habis bekalan makanan di dalam peperangan atau bekalan makanan keluarga di Madinah berkurangan, mereka mengumpulkan apa yang ada pada mereka dalam sehelai kain, kemudian mereka membahagikan sesama mereka di dalam satu bekas dengan sama rata. Mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Keterangan :
 
Asy‘irin adalah kaum Abu Musa al-Asy’ari, dinisbahkan kepada datuk mereka al-Asy ‘ari bin Qahtan.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Semangat berat sama dipikul ringan sama dijinjing adalah penting dalam sebuah masyarakat untuk menghidupkan perpaduan sesama manusia.
  2. Islam menyanjung tinggi orang yang sanggup berkorban membantu saudaranya yang susah walaupun terpaksa menghadapi kesusahan.
  3. Umat Islam dilarang bersifat mementingkan diri sendiri kerana ia boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam masyarakat.
  4. Hadith ini menyatakan kelebihan kaum Asy‘irin, kerana Rasulullah SAW telah memberi pengiktirafan bahawa mereka adalah sebahagian daripada dirinya dari sudut hampirnya akhlak dan cara mereka dengan akhlak Junjungannya.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 April 2018.
Jumlah Pelawat :12184739