Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Sidang Media Kad Laporan Mei 2020 dan Pelancaran Laman Web Rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan di perkarangan Kompleks Islam Putrajaya pada pagi ini oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Kad laporan bulanan ini merupakan satu bentuk transformasi baharu dalam institusi pentadbiran hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan bertujuan untuk penyampaian maklumat kepada masyarakat awam terutamanya umat Islam di Malaysia tentang kebajikan hal ehwal Islam yang dilaksanakan bagi manfaat semua.

Dalam majlis itu juga, turut dilancarkan laman web Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu www.mira.gov.my. yang akan menjadi platform utama penyampaian informasi maklumat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada rakyat.

NBK 6575

NBK 6594

NBK 6589

NBK 6591

NBK 6601

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)