Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Para ulama telah bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan, ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.
  2. Ada juga  pendapat ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini (21, 23, 25, 27 dan 29).
  3. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 April 2018.
Jumlah Pelawat :12184740