Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 1:19 Asar : 4:34 Maghrib : 7:25 Isyak : 8:36

Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW apabila pergi untuk menunaikan sembahyang hari raya melalui satu jalan dan balik melalui jalan yang lain.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Sembahyang dua hari raya merupakan sembahyang sunat muakad (yang sangat dituntut oleh Islam).
  2. Seseorang yang keluar menunaikan sembahyang hari raya disunatkan menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik.
  3. Hikmah melalui jalan yang berlainan di waktu pergi dan balik mengerjakan ibadat ialah untuk memperbanyakkan tempat ibadat supaya tempat-tempat itu menjadi saksi pada hari kiamat, kerana itu sunat berubah tempat selepas sembahyang fardhu untuk melakukan sembahyang sunat.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Ogos 2018.
Jumlah Pelawat :12216085