Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
ZIARAH JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE ZON-ZON EKSA JAKIM

PUTRAJAYA, 24 Julai – Program Ziarah Zon EKSA oleh Jawatankuasa Induk EKSA JAKIM telah diadakan pada 22 sehingga 24 Julai 2020 yang melibatkan 20 zon. Delegasi ini diketuai oleh En. Mohd Zuri bin Zainol, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAKIM merangkap Ketua Penyelaras EKSA JAKIM disertai beberapa wakil daripada Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Seragam dan Jawatankuasa Audit.

Ziarah ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Induk EKSA JAKIM bagi menghadapi Audit Pensijilan EKSA selain memberikan gambaran yang lebih jelas, dorongan, berkongsi pandangan dan idea berkenaan pelaksanaan amalan EKSA di setiap zon. Melalui program ini juga, JK Induk dapat mengenal pasti pelbagai permasalahan di setiap zon melalui perbezaan fungsi dan peranan bahagian masing-masing seterusnya mencari inisiatif penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Ziarah dimulai dengan taklimat ringkas daripada ketua rombongan, sesi soal jawab dan diakhiri dengan lawatan ke sudut-sudut EKSA, ruang kerja, bilik-bilik pameran, ruang menunggu, dan sebagainya. Diharap dengan ziarah ini dapat memberi inspirasi kepada warga JAKIM agar terus komited dalam melaksanakan EKSA dan seterusnya berjaya mendapat persijilan EKSA dari MAMPU pada hujung tahun ini.
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 1 
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 2
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 3
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 4
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 5 Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 6
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 7
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 8
 
Ziarah Jawatankuasa Induk Eksa 2020 9