Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
12 Ogos 2020 - Perak : JAKIM telah menganjurkan Majlis Syahadah dan meraikan masyarakat Orang Asli di RPS Makmur, Ulu Kinta, Ipoh Perak. YB Senator Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut hadir dalam majlis ini bersama  Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin dan Ybhg Datuk Abdul Aziz Bin Jusoh Tim. Ketua Pengarah Operasi JAKIM.
 
Seramai 60 orang saudara baru turut bersama melafazkan syahadah yang dipimpin oleh YB Senator Datuk Menteri. Turut menjayakan program ini ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( MAIPK ), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YAPEIM ), Yayasan Taqwa MAIWP dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.
 
Tahniah dan syabas juga kepada Pengerak Masyarakat Orang Asli ( PMOA JAKIM), Mubaligh Islam dan Guru-Guru Asas Pengajian Islam Muaalaf yang terdiri daripada anak jati KOA RPS yang turut menyumbang tenaga dalam menjayakan majlis ini.
 
180px wobbegong
 
Majlis Syahadah dan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur 1
 
Majlis Syahadah dan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur 2
 
Majlis Syahadah dan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur 3
 
Majlis Syahadah dan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur 4