Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
- Kekuatan yang sebenar-benarnya ialah dapat menguasai diri dalam keadaan marah.
- Umat islam hendaklah berusaha menjauhi sifat marah kerana sifat demikian menandakan seseorang itu kalah dalam perjuangan.
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin