Kurator Berita : Unit Integriti
Dalam usaha melakar masa hadapan negara yang cemerlang dengan masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran agama, intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh serta budi pekerti yang luhur, cabaran yang perlu ditangani dalam merealisasikan usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti yang cemerlang.
 
Justeru, bagi menyemarakkan pembudayaan integriti di kalangan penjawat awam, Unit Integriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Unit Integriti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti 2016 pada 3 Mac 2016 bertempat di Dewan Dato’ Mohd. Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. 
 
Program yang diadakan secara kolaborasi ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran berkenaan pentingnya integriti dan amalan urus tadbir terbaik dalam perkhidmatan selain meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan rasuah dan tatakelakuan dalam perkhidmatan.
 
Seminar yang dihadiri oleh seramai 350 orang peserta daripada kedua-dua agensi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajah Zawanah binti Mohammad, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia, mewakili YBhg. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman bin Mustapha.
 
Antara slot pengisian sepanjang seminar ini: :
      i.      Integriti Menurut Perspektif Islam
      Oleh: YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail
      Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam
      Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 
    ii.       Rasuah : Di Sebalik Hikmah Yang Tersurat
      Oleh : Encik Mohd. Firdaus bin Ramlan
      Mantan Majistret Kuala Krai, Kelantan
 
   iii.       Jenayah Rasuah
     Oleh: KPKPj Tuan Mohamad Fauzi bin Husin
     Ketua Pegawai Integriti
     Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)
 
Secara keseluruhannya, seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga program ini memberi kesedaran dan suntikan semangat kepada semua warga untuk menyemarakkan dan memantapkan lagi amalan integriti dalam kehidupan seharian.
 
seminar pengukuhan integriti 2016 1
Pengarah ILIM mewakili Ketua Pengarah Jakim sedang menyampaikan ucapan perasmian.
 
seminar pengukuhan integriti 2016 2
Peserta yang  terdiri daripada pelbagai bangsa khusyuk mendengar slot ceramah yang disampaikan.
 
seminar pengukuhan integriti 2016 3
Prof.  Madya Dr. Sharifah Hayaati menyampaikan ceramah berkenaan Integriti Menurut Perspektif Islam.
 
seminar pengukuhan integriti 2016 4
Sharing Moment bersama Mantan Majistret Kuala Krai yang memberi kesan kepada para peserta.
 
seminar pengukuhan integriti 2016 5
Ketua Pegawai Integriti, MoA menyampaikan ceramah berkenaan Jenayah Rasuah
 
seminar pengukuhan integriti 2016 6
Penyampaian cenderamata oleh wakil Jakim kepada Ketua Pegawai Integriti, MoA sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas program kerjasama.