Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
1 Adab Menziarah Orang Sakit
 
Daripada Abu Musa RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ziarahilah orang sakit, beri makanlah orang lapar dan bebaskanlah tawanan”.
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
Apr 22, 2015
2 Berkasih Sayang kerana Allah
 
Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)
 
 
Apr 21, 2015
3 Kelebihan Berpuasa pada Hari Isnin
 
 
Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Apr 20, 2015
4 Sembahyang Sunat yang Mengiringi Sembahyang Jumaat
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu semua bersembahyang jumaat, maka hendaklah kamu semua melakukan sembahyang sunat empat rakaat selepasnya”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Apr 17, 2015
5 Wali yang Adil
 
Daripada ‘Iyadh bin Himar RA katanya, aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Antara ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu pemerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ianya mempunyai keluarga yang ramai.
 
 
Apr 15, 2015
6 Keutamaan Berwudhu'
 
Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya, aku telah mendengar orang yang paling aku sayangi (kekasihku) Rasulullah SAW bersabda, “Perhiasan orang yang beriman (pada hari kiamat) akan sampai ke tempat sampainya air wudhu’ (pada tangan dan kakinya)”.
 
 
Apr 13, 2015
7 Bertimbang rasa
 
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Baginda akan menuntut bela kerana Allah Taala.”
 
 
Apr 10, 2015
8 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid
 
Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.
 
 
Apr 07, 2015
9 Memberi Sedekah Kepada Yang Memerlukan
 
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
 
 
Apr 01, 2015
10 Contoh Pemimpin Yang Baik
 
Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab “Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang.”
 
 
Mar 31, 2015
11 Menahan Diri Menghadapi Perkara Yang Menyakitkan Hati
 
Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.”
 
 
Mar 26, 2015
12 Larangan Bersifat Bakhil
 
Daripada  Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya kezaliman akan membawa kegelapan pada hari kiamat dan takutkanlah kamu daripada bersifat bakhil kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membinasakan umat-umat yang sebelum kamu, sifat bakhil mendorong mereka pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram.”
 
 
Mar 19, 2015
13 Kesempurnaan Iman
 
 
Daripada  Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Agama Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Makkah al-Mukarramah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.
 
 
Mar 18, 2015
14 Malu : Contoh Sifat Rasulullah SAW
 
Daripada  Abu Said al-Khudri RA katanya, “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu mengatasi malunya seorang perawan di dalam bilik tidur bersama suaminya yang belum dikenalinya, apabila Baginda melihat sesuatu yang dibenci kami akan nampak muka Baginda berubah”.
 
 
Mar 12, 2015
15 Amalan Yang Terbaik Dalam Islam
 
Daripada  Abdullah bin Amru  bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
 
 
Mar 11, 2015
16 Sikap Sederhana Dalam Berpakaian
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat (dengan pandangan rahmat) orang yang memakai pakaian labuh hingga meleret ke tanah dengan tujuan bermegah-megah.”
 
 
Mar 10, 2015
17 Sifat Lemah Lembut : Lambang Keperibadian Muslim
 
Daripada Aisyah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah-lembut tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia menambah keelokan, dan tidak dicabut pada sesuatu perkara melainkan sebagai celaan padanya.
 
 
Mar 06, 2015
18 Sedekah Bukan Dengan Harta
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”
 
Mar 05, 2015
19 Menutup Mulut Ketika Menguap
 
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.”
 
 
Mar 04, 2015
20 Marah yang Dicela
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki berkata Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku”, lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang pemarah”, orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi SAW menjawab, “Pada setiap kalinya, janganlah engkau menjadi seorang pemarah.”
 
 
Mar 03, 2015