Adab Menziarahi Orang Sakit
Tarikh:
Feb 15, 2010
Riwayat:
Bukhari
Kategori:
Akidah Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA Nabi SAW masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat dia sakit. Kata Ibnu Abbas: Pernah Nabi SAW apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, baginda bersabda:Tidak mengapa! Sembuh, insya-Allah. Ucap nabi kepada orang sakit itu. Tidak mengapa, sembuh, insya-Allah! Jawabnya: Tuan katakan: Sembuh . Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut. Nabi SAW bersabda:Ya, benar katamu itu.
Huraian Hadith:
Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang tetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.
- Hits : 713




