Allah Maha Pengampun

Tarikh: 
Mar 12, 2014
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya jika tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan lenyapkan kamu semua, dan di gantikan dengan kaum yang melakukan dosa, lalu mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah mengampunkan mereka”.
 
Huraian Hadith: 
1.    Umat Islam di suruh meminta ampun daripada Allah terhadap dosa yang dilakukannya kerana Allah bersifat Maha Pengampun
2.    Umat Islam di larang berputus asa daripada rahmat keampunan Allah Taala