Allah Tidak Memandang Rupa Paras Manusia

Tarikh: 
Feb 07, 2012
Riwayat: 
Muslim
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
Huraian Hadith: 
  1. Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir,  kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
  2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
  3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.