Amanah Dituntut Dalam Islam

Tarikh: 
May 18, 2012
Riwayat: 
Bukhari dan Muslim
Kategori: 
Akhlak
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” 
 
Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam dituntut supaya amanah didalam semua aspek kehidupan mereka.

  2. Setiap manusia hendaklah memiliki sifat amanah, kerana dengan adanya sifat amanah seseorang itu akan dipandang mulia.

  3. Sifat amanah itu disukai oleh setiap manusia, oleh itu bersihkanlah diri kamu dengan menanamkan sifat amanah dan kejujuran.

  4. Amanah merupakan kunci kejayaan hidup seseorang. Sebarang usaha dan pekerjaan yang tidak diikuti dengan amanah akan menghadapi kegagalan.

  5. Jauhilah sifat-siat khianat kerana sifat itu membawa kepada lemah iman dan kurang amalan.