Bacaan Wajib Dalam Solat
Dari ˜Ata' r.a katanya:Abu Hurairah berkata:Dalam setiap solat, Rasulullah s.a.w selalu membaca bacaan (ayat). Oleh sebab itu bacaan yang dinyaringkan kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya, kami perlahankan pula kepadamu. Lalu seorang lelaki bertanya:Bagaimana jika tidak kutambah lagi bacaanku selain membaca al-Fatihah? Jawabnya: Jika kamu menambah itu lebih baik, jika tidak, maka al-Fatihah pun sudah cukup.
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap. Ia dinamakan 'Ummul Quran atau "Ummul Kitab" kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat. Oleh itu bacaan al-Fatihah mestilah baik (mengikut hukum tajwidnya) kerana apabila cacat bacaan al-Fatihah maka akan rosaklah solat dan jika ia disertai dengan penghayatan maksudnya maka itu adalah lebih baik kerana akan mendatangkan kekhusyukan yang lebih sewaktu mengerjakan solat.
- Hits : 7766







