Bersumpah Dalam Perkara Kebaikan
Tarikh:
Aug 17, 2012
Riwayat:
Bukhari dan Muslim Hadith:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW mendengar suara pertengkaran yang kuat dimuka pintu rumahnya tiba-tiba salah seorang meminta supaya dikurangkan hutang dan memohon belas kasihan daripada si pemberi hutang, lalu katanya, “Demi Allah, aku tidak setuju”. Maka Rasulullah SAW keluar kepada kedua-dua lalu bertanya, “Siapakah yang bersumpah tidak akan membuat kebaikan?“ jawab orang itu, “Hamba, wahai Rasulullah SAW”, oleh itu terserahlah kepadanya apa-apa yang dia suka.
Huraian Hadith:
-
Orang Islam dikehendaki menyelesaikan sesuatu krisis yang timbul antara sesama orang Islam.
-
Bersumpah dengan nama Allah hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan sahaja. Dilarang bersumpah untuk tidak melakukan kebaikan.
-
Islam menyuruh umatnya supaya bertimbang rasa dan kasihan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan pertolongan seperti mengurangkan beban hutang orang yang kurang mampu.
- Hits : 1599







