Ciri-ciri Orang Yang Mulia Disisi Allah
Tarikh:
Aug 30, 2012
Riwayat:
Muslim Hadith:
Daripada Abu hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Ramai orang yang rambutnya kusut dan berdebu ditolak daripada pintu-pintu rumah orang (kerana hinanya pada pandangan manusia) tetapi kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya”.
Huraian Hadith:
-
Rupa paras dan nilai seseorang disisi masyarakat tidak dapat menggambarkan kedudukan seseorang disisi Allah kerana boleh jadi seorang yang buruk rupanya tetapi dia seorang yang mulia disisi Allah.
-
Antara ciri-ciri orang yang mulia disisi Allah ialah mereka yang diperkenankan doanya.
- Hits : 1793







