Jarak Syurga Dan Neraka
Tarikh:
Jun 11, 2012
Riwayat:
Bukhari
Kategori:
Akidah Hadith:
Daripada Ibnu Masu’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka.”
Huraian Hadith:
-
Taat kepada Allah akan membawa kepada syurga dan maksiat akan membawa kepada neraka.
-
Jalan ke syurga bagi seseorang itu amat mudah hanya dengan mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan.
-
Syurga itu dekat bagi orang-orang yang soleh dan begitu juga neraka dekat bagi orang yang dimurkai Allah.
- Hits : 1497







