Kedudukan Yang Istimewa Orang Yang Lemah Dan Tidak Bernasib Baik

Tarikh: 
Sep 21, 2012
Riwayat: 
Abu Daud dengan Isnad yang baik
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Daripada Abu ad-Darda’ ‘Uwaimir RA katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Carilah untukku orang-orang yang lemah, maka sesungguhnya kamu diberi pertolongan dan rezeki dengan (adanya) orang-orang yang lemah (dikalangan kamu)”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam memberi kedudukan yang istimewa kepada orang-orang yang lemah dan tidak bernasib baik dalam masyarakat dengan menjadikan mereka sebagai sumber mendapatkan kemenangan dan rezeki daripada Allah SWT.

  2. Tanpa wujudnya golongan yang lemah dalam masyarakat maka tidak akan wujud golongan yang berkedudukan, orang kaya dan mereka yang berpangkat didalam masyarakat.

  3. Orang yang kuat itu istimewa dengan keberaniannya dan orang  yang lemah itu istimewa kerana ikhlasnya dan tawadhu’nya yang menyebabkan turunnya pertolongan Allah.